Pages

Thursday, August 27, 2009

Basic Silibus yang akan diajar

  • AKADEMIK :
Bahasa Malaysia (al-ameen) English (al-ameen) Sains, Bahasa Arab, Matematik , Pendidikan Seni ,Jawi

  • AGAMA & HAFALAN :
Membaca Iqrak, Berwuduk, Solat ,Bacaan dalam Solat ,Surah-surah pendek, Doa-doa masnun, Fardhu Ain

  • KEMAHIRAN DIRI :
Membaca ,Menulis, Mengira, Mewarna, Bertutur ,Bergaul ,Membaca & Menulis Jawi ,Bernasyid Dan lain-lain

  • SENARAI DOA :
Doa penerang hati ,Doa sebelum tidur, Doa bangun tidur, Doa masuk tandas ,Doa keluar tandas Doa sebelum makan ,Doa selepas makan, Doa memakai baju ,Doa keluar rumah ,Doa naik kenderaan

  • SENARAI SURAH :
Surah An-Nas ,Surah Al-Falaq, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Lahab ,Surah An-Nasr ,Surah Al-Kafirun ,Surah Al-Kauthar ,Surah Al-Maaun ,Surah Al-Quraisy, Surah Al-Fiil ,Surah Al-Humazah, Surah Al-Ash

Monday, August 24, 2009

35 petua pelajar cemerlang dr Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
kita ingat 10 % apayang dibaca
kita ingat 20% apa yang didengar
kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
Belajar dalam persekitaran kondusif.
pastikan cahaya adalah terang
kurangkan gangguan bunyi
tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
kerusi dan meja menghadap kiblat
jangan lupa untuk senyum
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Tahu teknik merangsang memori:
memasukkan maklumat dalam memori (registration)
menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
mengingat kembali (recall)
menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
Sentiasa awal dan mendahului:
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
Mempunyai teknik membaca yang betul:
duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
memberikan tumpuan sepanuhnya
menggunakan jari telunjuk untuk membaca
menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
Tahu petua mengulang kaji
cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
duduk tegak dikerusi yang selesa
baca doa penerang hati
baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
fikir dan ingat kembali isi utama
catat/lakar
semak semula ketepatan maklumat
ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
buat rumusan
jawab soalan
tampal maklumat yang rumit di dinding
baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
jangan makan kepala ikan
jangan makan organ dalaman
jangan minum semasa makan
jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
jangan melihat kemaluan
jangan melihat buih
jangan membaca nama pada batu nisan
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
banyakkan makan kismis, kurma dan madu
banyakkan makan kekacang
pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
jangan makan sehingga terlalu kenyang
jangan kencing berdiri
Tahu kemahiran mengingat:
tampal nota-nota penting di dinding
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
gunakan kaedah akronim
reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
Cekap mengatur jadual belajar:
mempunyai jadual belajar
patuh kepada jadual
buat jadual yang boleh diikuti
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
taat kepada Allah
mendirikan sembahyang
menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
hormati & sayangi guru
bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
membantu rakan yang memerlukan
berdoa dan bersyukur kepada Allah
sentiasa bertawakal
mahir dalam setiap mata pelajaranKita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Wednesday, August 19, 2009

ANAK-ANAK KU COMEL


Salam..............
Beginilah rutin kehidupan. Isteri sibuk sekali menguruskan rumah tangga disamping anak-anak yang membahagiakan, hasil kasih sayang suami tercinta. Hari demi hari ,bulan demi bulan kemudian saban tahun, kita sering melakukan rutin harian kita,kerja,masak dan membesarkan anak-anak.isteri sibuk memberikan focus pada keluarga disamping juga bantuan dari suami.
Terima kasih buat suami-suami soleh diluar sana.

Justeru dalam pengisian tahunan, dari awal hingga akhirnya..perayaan demi perayaan akan disambut, hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan, hari percutian tahunan keluarga, hari perayaan dan tak lupa juga hari pendaftaran awal tahun anak-anak sekolah.

Satu demi satu perencanaan kewangan disusun. Demi anak-anak kita yang comel, dari meniarap,merangkak, bertatih kemudian berlari malah sudah petah memanggil mama dan papa...kini sudah sampai keusia untuk berkawan dan mengenal alam persekolahan.

Demi seorang anak...tabungan pendidikan mula difikirkan. Pengisian method pendidikan wajar lah dicari untuk anak-anak yang menjadi amanah untuk kita didunia ini.
Anak-anak ibarat seperti kain putih, terpulanglah kepada tangan ibubapa yang mencorakkannya. Baik buruk akhlaknya dan panduan hala tuju masa depannya.Begitu jauh lagi lakaran untuk kehidupannya. Ibubapa tidak mampu membuat acuan supaya kejayaan anaknya itu benar-benar satu kejayaan yang mutlak. Cuma ibubapa hanya boleh membantu mendorong, memberi tunjuk ajar,memberi pendedahan, memimpin, memerhati dan membuat teguran supaya anak-anak tidak terpesong dan sentiasa dalam pemantauan ketika mana anak-anak masih lagi boleh menerima idea dan pemikiran orang tua.

Lihatlah betapa hari ini, keadaan yang runcing sekali dengan masalah sosial muda-mudi yang entah apa puncanya, siapa yang patut bertanggungjawab dan di persalahkan.

Oleh itu, Dengan kedatangan keberkatan di awal Ramadhan Al-mubarak akan menjelma selang beberapa hari lagi...marilah kita sama-sama mengambil peluang untuk melatih anak-anak kita berpuasa dan melatih mendisiplinkan anak-anak disamping tujuan yang utama melatih anak-anak menghayati perintah dalam syariaat ISLAM. kata orang anak-anak yang terdidik adalah jaminan masa depan negara.Bagaimana kita melihat dunia akan datang, lihatlah perilaku anak-anak kita pada zaman sekarang. Natijahnya penekanan akhlak dan pendidikan awalan kanak-kanak hari ini yang menjadikan pemuda pemudi yang berakhlak pada masa depan seterusnya menjadi khalifah dimuka bumi ini. Justeru itu lah anak-anak ini lah yang dikatakan warisan untuk kita.Amanah untuk kita mendidiknya.


Jadi atas kesedaran itulah. Tadika ummi hajah ditubuhkan dengan memberikan sedikit sebanyak sumbangan dalam menerajui tanggungjawab pendidikan, meringankan bebanan yang dipikul ibubapa dalam mencari method pendidikan awalan untuk anak-anak.

Untuk Anak-anak kita yang comel, walaupun beberapa bulan lagi tahun 2009 ini akan sampai ke penghujungnya, maka pendidikan anak-anak yang wajib kita utamakan dalam mencari method pendidikan, wajarnya kita selia, ape kah pengisian yang terbaik buat anak-anak kita. Simpanlah juga tabungan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak kita dari menghabiskan dalam keraian aidilfitri yang bakal menjelma serta percutian hujung tahun bersama keluarga yang tentunya menelan kos yang tinggi.

Tuesday, August 18, 2009

PAKEJ-PAKEJ YAND DISEDIAKAN DI TADIKA












PAKEJ 1: ( 8.00 a.m - 5.00 p.m )

TADIKA I CAN READ & HAFAZAN
Pelajar umur 4 & 5 & 6 tahun (Kena buat perujian bacaan- tahap pelajar)
Mengenal huruf alif, ba, ta
Al-barqi.
Sesi hafazan ayat-ayat lazim
Tasmid
Rehat. Tidur. Amali solat
Urusdiri
Kelas akademik sesi pembelajaran
Minum petang
  • I CAN READ(ENGLISH)
  • CEPAT BACA(B.MELAYU)
  • AL BARQY
  • MATEMATIK
  • SAINS
  • BAHASA ARAB
  • JAWI
  • PENDIDIKAN ISLAM
  • JASMANI DAN KOGNITIF


PAKEJ 2: (8.00 a.m-12.00 p.m)
PAKEJ TADIKA I CAN READ
Senaman
Doa-doa harian
Kelas Akademik
  • I CAN READ(ENGLISH)
  • CEPAT BACA(B.MELAYU)
  • AL BARQY
  • MATEMATIK
  • SAINS
  • BAHASA ARAB
  • JAWI
  • PENDIDIKAN ISLAM
  • JASMANI DAN KOGNITIF


PAKEJ 3: (2.00 a.m-5.00 p.m)
pakej Fardhu ain
Kelas agama sahaja.
Kelas Iqra + amali solat

Tuesday, August 11, 2009

PENGENALAN

PENGENALAN

Sejarah penubuhan Tadika Ummi Hajah bermula pada 1 Julai, 2009 di Lot 13886,RPT Taman Seri Bayu,Persiaran 21,32600 Gelong Pepuyu,Titi Gantong. Perak. Tadika Ummi Hajah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari,2010. Pengambilan tahun pertama adalah dibuka kepada seramai 50 orang murid yang terdiri seawal usia 4 tahun hingga 6 tahun.


VISI
Menjadi peneraju utama institusi pendidikan dalam menyediakan program pendidikan prasekolah menyeluruh dan bersepadu untuk murid yang berumur empat tahun hingga enam tahun dalam membina modal insan yang seimbang pencapaiannya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan sahsiah berpaksikan kepada ajaran agama menjelang tahun 2020.

MISI
Berusaha menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang mampu membangun serta membina modal insan yang beriman, berilmu, beramal, berakhlak mulia, fizikal yang sihat, emosi yang stabil, berketrampilan, berdisiplin, bertanggungjawab dan bermotivasi melalui komitmen dan iltizam semua guru, kakitangan dan mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan masyarakat.


MATLAMAT
Memastikan murid-murid mendapat pendidikan terbaik melalui iklim persekitaran dan budaya sekolah yang harmonis, muhibah dan saksama untuk membina modal insan yang seimbang dari segi agama dan akademik selaras yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.


OBJEKTIF
1. Memberi peluang yang saksama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang,
agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.
2. Memastikan semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan mengikut
takwim perancangan tahunan.
3. Menyediakan guru yang mencukupi, bertanggungjawab, berdisiplin, berdedikasi,
komited, terlatih dan produktif bagi meningkatkan profesionalisme dan martabat
keguruan.
4. Merancang guru-guru mesti menghadiri kursus atau latihan kemahiran atau seminar
setiap tahun dalam usaha memastikan guru-guru agar terlatih dan mahir.
5. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap, mencukupi
dan selamat berteraskan piawaian-piawaian tertentu.
6. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan,
dinamik dan berteraskan kepada penambahbaikan dan pembaharuan yang berterusan.
7. Memastikan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal sekolah dijalankan dengan cekap,
berkesan dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan
pelanggan iaitu murid, guru, masyarakat dan negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN,Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMPendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

SUBJEK YANG DITAWARKAN BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS ,MATEMATIK,SAINS ,PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB ,JAWI ,PENDIDIKAN SENI ,PENDIDIKAN JASMANI, AMALI SOLAT / IQRA / MENGAJI

Kurikulum Tadika Ummi Hajah merangkumi pembelajaran akademik dan agama berdasarkan sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Perak.