Pages

Thursday, October 21, 2010

PAMERAN TADIKA DI TAPAK PESTA KONVO UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS PADA 14/10/2010-17/10/2010





AKTIVITI BERSAMA UPIN DAN IPIN





LAWATAN SAMBIL BELAJAR (PERPUSTAKAAN)






Kedatangan Upin dan Ipin di kampus utp.Tadika Ummi Hajah telah membuat rombongan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Universiti Teknologi Petronas.
Program seperti ini boleh membuka minda dan kreativiti pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baru disamping membina sikap kendiri yang positif.

CLASS ROOM










KELENGKAPAN DI TADIKA UMMI HAJAH



















Di tadika Ummi Hajah terdapat kelengkapan untuk permainan kanak-kanak yang belajar disini. Permainan adalah selamat untuk di main sama ada di dalam atau di luar premis

PANORAMA DI TADIKA UMMI HAJAH




Tadika Ummi hajah terletak di lokasi No 37, Persiaran Putra 4,Taman Tasek Putra,31750 Tronoh.Perak.

Monday, August 16, 2010

RAMADHAN 2010

Kehadiran RAMADHAN yang dinanti-nantikan oleh Ummat Islam,dimana jua berada.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Selamat menjalani ibadah puasa dengan i'tiqad dan azam bahawa Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnye. Latih la anak-anak kita juga dengan ibadat puasa moga-moga mereka akan sedar bahawa kemanisan berpuasa pada tika bersahur dan berbuka itu banyak fadhilatnya.

Sudah lama juga saya tidak mengemaskini blog,memandangkan amat sukar juga untuk meluangkan masa dengan kehadiran puteri sulung saya yang kini berusia 8 bulan. Banyak masa saya perlu habiskan bersamanye sehingga blog saya lama tertinggal. Pohon maaf dan semoga hadirnya ramadhan kali ini akan lebih membawa perubahan dan kemajuan dalam kehidupan seharian saya bersama keluarga,mudah mudahan untuk anak-anak tadika saya juga serta keseluruhan pembaca blog saya.

Hari ke 5 Ramadhan anak-anak ditadika saya semuanye masih lagi belajar untuk berpuasa.keseluruhan mereka berusia 5thn. Jadi sedikit demi sedikit mereka belajar untuk berpuasa. Bercerita mengenenai kemanisan dan kenikmatan berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga disiang hari,tapi melatih diri kita supaya bersabar. Itulah yang diajarkan oleh guru mereka di tadika Ummi Hajah.


Akhir kalam,semoga berjumpa lagi dalam lembaran keybord di lain masa. Doa saya,Jadilah seorang yang dikagumi,bukan seorang yang akan dicemuh di hari kematian, berjasalah selagi masih ada ruang dan kesempatan. Jadilah manusia yang faham akan maksud ape itu kejadian seorang hamba. Sekian, Wassalam.