Pages

Tuesday, August 11, 2009

PENGENALAN

PENGENALAN

Sejarah penubuhan Tadika Ummi Hajah bermula pada 1 Julai, 2009 di Lot 13886,RPT Taman Seri Bayu,Persiaran 21,32600 Gelong Pepuyu,Titi Gantong. Perak. Tadika Ummi Hajah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari,2010. Pengambilan tahun pertama adalah dibuka kepada seramai 50 orang murid yang terdiri seawal usia 4 tahun hingga 6 tahun.


VISI
Menjadi peneraju utama institusi pendidikan dalam menyediakan program pendidikan prasekolah menyeluruh dan bersepadu untuk murid yang berumur empat tahun hingga enam tahun dalam membina modal insan yang seimbang pencapaiannya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan sahsiah berpaksikan kepada ajaran agama menjelang tahun 2020.

MISI
Berusaha menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang mampu membangun serta membina modal insan yang beriman, berilmu, beramal, berakhlak mulia, fizikal yang sihat, emosi yang stabil, berketrampilan, berdisiplin, bertanggungjawab dan bermotivasi melalui komitmen dan iltizam semua guru, kakitangan dan mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan masyarakat.


MATLAMAT
Memastikan murid-murid mendapat pendidikan terbaik melalui iklim persekitaran dan budaya sekolah yang harmonis, muhibah dan saksama untuk membina modal insan yang seimbang dari segi agama dan akademik selaras yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.


OBJEKTIF
1. Memberi peluang yang saksama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang,
agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.
2. Memastikan semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan mengikut
takwim perancangan tahunan.
3. Menyediakan guru yang mencukupi, bertanggungjawab, berdisiplin, berdedikasi,
komited, terlatih dan produktif bagi meningkatkan profesionalisme dan martabat
keguruan.
4. Merancang guru-guru mesti menghadiri kursus atau latihan kemahiran atau seminar
setiap tahun dalam usaha memastikan guru-guru agar terlatih dan mahir.
5. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap, mencukupi
dan selamat berteraskan piawaian-piawaian tertentu.
6. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan,
dinamik dan berteraskan kepada penambahbaikan dan pembaharuan yang berterusan.
7. Memastikan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal sekolah dijalankan dengan cekap,
berkesan dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan
pelanggan iaitu murid, guru, masyarakat dan negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN,Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMPendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

SUBJEK YANG DITAWARKAN BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS ,MATEMATIK,SAINS ,PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB ,JAWI ,PENDIDIKAN SENI ,PENDIDIKAN JASMANI, AMALI SOLAT / IQRA / MENGAJI

Kurikulum Tadika Ummi Hajah merangkumi pembelajaran akademik dan agama berdasarkan sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Perak.

No comments: